TENTANG KAMI

ASAL USUL PARKSplay

Penciptaan peranti digital telah membuatkan perkara menjadi lebih mudah untuk manusia. Seiring dengan itu, timbul juga kesan berbahaya ‘cahaya biru’ yang dipancarkan daripada skrin peranti tersebut. Kita mungkin tidak dapat mengelak daripada menggunakan keajaiban teknologi ini tetapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi mata kita terutamanya mata anak-anak kita. Untuk memenuhi keperluan ini, PARKSplay dilahirkan.
PARKSplay direka dengan memikirkan kepentingan kanak-kanak. Cermin mata PARKSplay yang berkualiti tinggi ini memiliki reka bentuk yang menarik, dihasilkan dengan bahan yang tahan lama dan menggunakan teknologi penapisan unik yang melindungi dan menyokong kesihatan mata

MENGAPA PILIH PARKSplay?

Why-choose-ParksplayKeperluan pengguna digital meminta paparan resolusi yang lebih tajam dan para pengeluar telah memenuhi permintaan itu dengan meletakkan penekanan terhadap produk definisi tinggi. Dengan melakukan demikian, ia juga bermakna peningkatan yang lebih besar dalam pancaran cahaya biru.

Kurikulum sekolah moden kini akan merangkumi pengajian komputer sebagai sebahagian daripada program pendidikan. Ini akan meningkatkan pendedahan kanak-kanak ini kepada pancaran cahaya biru.

Adalah menjadi satu tindakan bijak di pihak ibu bapa sekiranya mereka mengamalkan suatu pendirian pencegahan demi melindungi mata anak-anak kecil mereka.

Apakah Cahaya Biru?

Warna merah, hijau dan biru ditambah bersama-sama dalam pelbagai cara untuk mengeluarkan semula pelbagai warna untuk mata manusia mewujudkan visual berwarna-warni. Cahaya biru merupakan jarak gelombang yang paling singkat dan paling intensif di dalam spektrum warna. Ia mampu menembusi ke bahagian makula retina. Pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya biru boleh menyebabkan penyakit mata, malah kebutaan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendedahan berpanjangan kepada cahaya biru adalah punca utama bagi kerosakan penglihatan. Degenerasi makula telah mengalahkan katarak untuk menjadi sebab nombor satu untuk kehilangan penglihatan.

blue-light

Bagaimanakah Cahaya Biru menyebabkan Kecederaan?

Cahaya biru daripada peranti digital boleh menyebabkan kecederaan pada retina dengan menyebabkan degenerasi makula dan menyumbang kepada penglihatan kabur, imej yang herot-benyot, kurang penglihatan yang membawa kepada kebutaan.

macular-degeneration

Comments are closed.