Pengasas

TRACY CHANG | PENGASAS JENAMA PARKSplay

TRACY-CHANGFalsafah – Gaya reka bentuk yang unik, Inovasi, Praktikal

Cik Tracy merupakan seorang graduan daripada UK dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesenian dalam bidang Reka Bentuk Fesyen dan Kreatif Produk dan telah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam reka bentuk, termasuklah fesyen, produk dan reka bentuk dalaman. Beliau merupakan penerima The Daily Telegraph Britain iaitu Anugerah Reka Bentuk Sepuluh Teratas Paling Kreatif Cemerlang pada tahun 1997.

Konsep PARKSplay adalah cetusan idea beliau. Memanfaatkan pengalaman beliau yang luas dalam reka bentuk kreatif, beliau mampu untuk menggabungkan fesyen dan teknologi ke dalam penciptaan jenama yang unik ini.

OYSTEA CHOU | INOVATOR TEKNOLOGI PARKSplay

Falsafah – Penyayang, Professional, Bertanggungjawab

Pengasas PARKS, Encik Oystea Chou, merupakan seorang jurutera profesional melalui latihan, amat mempercayai bahawa pemakaian cermin mata perlu terdiri daripada 50% reka bentuk dan 50% praktikal. Walau bagaimanapun, ini biasanya tidak berlaku dalam industri cermin mata ini.

Oleh itu, Encik Oystea berazam untuk menggabungkan 3 elemen – reka bentuk, praktikal dan teknologi, ke dalam produk yang beliau harap akan memberi manfaat kepada semua manusia di zaman dan era teknologi baharu ini. Satu perubahan yang baharu kepada ciptaan yang berusia 700 tahun.

GAVIN CHANG | PENGARAH PEMBANGUNAN PERNIAGAAN PARKSplay

Falsafah – Tiada apa yang mustahil, jangan tetapkan batasan, akan sentiasa ada cara

En. Gavin telah menjadi seorang ahli perniagaan selama bertahun-tahun dan melalui pengalaman, beliau memahami keperluan komuniti dan masyarakat di sekelilingnya dengan baik. Beliau sangat optimis tentang teknologi kanta yang terdapat dalam PARKSplay dan yakin bahawa ia akan banyak membantu generasi akan datang, dengan menjadikannya tidak mustahil untuk mereka membesar dalam persekitaran yang sihat.

Jenama PARKSplay dilahirkan daripada satu keperluan mendesak yang boleh didapati dalam masyarakat terutamanya dengan kemunculan pelbagai peranti digital. Walaupun peranti ini adalah hebat dan merupakan alat yang menakjubkan, adalah penting bagi pengguna untuk lebih berhati-hati apabila menggunakannya supaya mereka boleh menikmati alat tersebut untuk tempoh masa yang lama. Pencegahan adalah kunci dan harapan beliau adalah supaya generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup walaupun dengan segala teknologi yang disediakan untuk mereka.

Comments are closed.