FAQ

Soalan Mengenai Produk Parksplay

1. Di mana saya boleh membeli cermin mata PARKSplay yang menghalang cahaya biru untuk kanak-kanak?
Anda boleh membuat pertanyaan harga cermin mata PARKSplay yang menghalang cahaya biru kegemaran anda secara email ke sales@parksplay.com.
2. Jika anak saya sudah memakai cermin mata, bagaimana mereka boleh memakai cermin mata PARKSplay yang menghalang cahaya biru?
PARKSplay dapat menawarkan siri kanta berklip yang menghalang cahaya biru untuk anak anda mengklipkannya pada cermin mata yang sedia ada.
3.Bagaimana saya boleh memilih produk PARKSplay yang paling sesuai untuk anak (anak-anak) saya?
Cermin mata PARKSplay kami direka khas untuk disesuaikan dengan umur dan saiz muka kanak-kanak yang berbeza. Cermin mata kami dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan peringkat umur berikut, 6 hingga 8 tahun, 9 hingga 10 tahun dan 11 hingga 15 tahun.
4. Bolehkah anak saya memakai cermin mata itu setiap masa?
Kami tidak mengesyorkan memakai cermin mata tersebut pada setiap masa. Adalah lebih baik untuk memakainya semasa menggunakan mana-mana peranti digital.
5. Bilakah masa yang paling sesuai untuk memakai cermin mata PARKSplay yang menghalang cahaya biru?
Ia amat disyorkan bahawa cermin mata tersebut dipakai semasa menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar, tablet digital, skrin komputer, menonton televisyen dan produk digital yang lain.
6.Adakah cermin mata ini patuh UV400?
Ya, ia adalah 100% patuh UV400
7. Adakah memakai cermin mata ini menjejaskan tugas-tugas seharian yang biasa, contohnya membaca, dan lain-lain?
Walaupun cermin mata ini menapis 60% daripada pancaran cahaya biru, namun ia masih membolehkan 83% daripada cahaya biru yang lemah untuk melaluinya supaya warna yang berbeza masih dapat dilihat dengan jelas
8. Mengapakah warna kanta sedikit kekuningan?
Kuning dan biru adalah warna pelengkap, jadi apabila warna biru yang kuat ditapis, warna kuning akan menjadi lebih jelas.
9.Bolehkah anda menggunakan cermin mata ini sebagai cermin mata hitam kerana ia adalah 100% dilindungi UV dan patuh UV400?
Kami tidak mengesyorkan cermin mata ini digunakan sebagai cermin mata hitam. Walau bagaimanapun, ia mungkin agak sesuai untuk digunakan semasa hari mendung atau hujan kerana kanta tersebut meningkatkan kontras untuk membuatkan penglihatan anda lebih jelas.
10. Apakah degenerasi makula dan apakah bahaya yang ia hasilkan?
Degenerasi makula adalah satu keadaan perubatan yang menyebabkan kehilangan penglihatan di tengah-tengah medan penglihatan kerana kerosakan kepada retina. Mana-mana cahaya UV atau cahaya biru yang memasuki mata tidak ditapis dan menembusi retina sepenuhnya dan merosakkan bukan sahaja retina, tetapi juga kanta mata.
11. Apakah perbezaan di antara teknologi anda dan jenama Jepun yang lain?
Produk kami boleh menapis 60% daripada pancaran cahaya biru yang kuat dan membenarkan 83% cahaya biru yang lemah melaluinya. Ia juga adalah 100% patuh UV400. Selain itu, ia boleh menapis haba biru sinaran yang boleh menyebabkan mata kering. Akhir sekali, ia boleh meningkatkan kontras warna penglihatan anda. Jenama lain biasanya merupakan tipisan berbilang salut biru atau ungu dengan kadar penapisan hanya 12 hingga 20% dan mungkin tidak patuh UV380 atau UV400.
12. Mengapa kita tidak pernah mendengar tentang cahaya biru sebelum ini?
Ia kerana hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin banyak peranti yang menggunakan skrin LED dihasilkan dan telah menjadi popular terutamanya pada telefon pintar, TV HD, dan lain-lain. Alat-alat ini bergantung kepada gabungan cahaya biru, merah dan hijau untuk menghasilkan ketajaman definisi tinggi, di mana cahaya biru adalah yang paling berbahaya.
13. Mengapa anda menghalang cahaya biru yang kuat tetapi membiarkan cahaya biru yang lemah melalui?
Cahaya biru yang kuat boleh menyebabkan kecederaan dan menjana radikal bebas dan cahaya biru yang lemah tidak berbuat demikian. PARKSplay sebenarnya mempunyai produk yang menapis 80 – 90% cahaya biru tetapi produk-produk ini dibuat mengikut tempahan dan ditujukan untuk pelanggan yang mempunyai mata sensitif atau kecederaan mata yang sedia ada.
14. Apakah cara penjagaan cermin mata Parksplay yang betul?

Comments are closed.